kolesterol tinggi

10 TIPS ATASI KOLESTEROL TINGGI

Pelbagai ikhtiar boleh dilakukan oleh penghidap kolesterol tinggi untuk menurunkan kadar bacaan kolesterol mereka. Diantaranya adalah:

#1 – Awas Kandungan Lemak Dalam Makanan

Walaupun sukar untuk mengubah tabiat kebiasaan pemakanan yang kurang berzat, berusaha ambil sedikit langkah perubahan. Terutamanya berkaitan kolesterol. Pilih lemak yang lebih sihat dalam makanan:

  • Hadkan lemak tepu (saturated fat) kurang daripada 7% dalam kalori harian. Ia wujud dalam sumber daging, sumber tenusu atau yang lebih baik seperti minyak zaitun.
  • Elakkan lemak trans yang lebih banyak membentuk kolesterol LDL yang buruk. Ia banyak terdapat dalam makanan segera, kek dan pastri, makanan manis dan sebagainya.

#2 – Jangan Abaikan Asid Lemak

Minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, DHA dan EPA tidak mempengaruhi kolesterol LDL. Tetapi ia lebih memanfaatkan jantung, meningkatkan kolesterol HDL dan menurunkan trigeliserid. Datang dari sumber ikan (tuna, sardin dan salmon) dan kekacang (walnut, almmond dan bijian flaxseed).

#3 – Tambahkan Diet Serat Fiber

Ada 2 jenis serat fiber – larut air dan tidak larut air. Keduanya ada manfaat tersendiri, tetapi serat larut air lebih membantu menurunkan kadar kolesterol LDL. Sumber terbaik dari oat, buah-buahan, sayuran dan kekacang.

#4 – Top-Up Dengan Sumber Protein Terbaik

Protein diperlukan sebanyak 10% hingga 30% dalam diet harian. Terdapat 2 jenis protein iaitu dari sumber haiwan dan tumbuhan. Pengambilan diet tinggi protein boleh membawa kepada masalah kolesterol tinggi jika tidak mengikut panduan yang betul. Ini kerana, ada antara sumber protein haiwan turut mengandungi lemak tepu dan lemak trans yang tinggi. Manakala protein dari sumber tumbuhan kebanyakkannya tiada lemak. Maka, pemilihan protein dalam diet makanan haruslah bijak dan mengikut keperluan.

#5 – Amalkan Diet Seimbang

Sangat tidak adil jika kita melebihkan satu-satu sumber asas makanan sahaja. Seimbangkan karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan fiber dalam diet pemakanan seharian untuk kesan optimum kesihatan yang lebih baik. Diet rendah-karbo dan tinggi-karbo juga membawa pengaruh kolesterol LDL yang berbeza. Disamping itu, kawal penggunaan garam, gula dan lemak yang lebih membawa faktor sedap tapi perlu ada hadnya masing-masing.

#6 – Elakkan Obesiti, Kawal Berat Badan Ideal

Setiap tambahan kilogram dalam berat badan menyumbang kepada tahap kolesterol. Kurangkan berat badan sebanyak 5 hingga 10% mampu mengawal kolesterol ini. Praktis cara pemakanan sihat dan banyakkan senaman membantu misi turunkan berat badan. Usahakan supaya berat badan ideal untuk lebih jisim otot berbanding lemak yang berupaya membawa lebih kesan buruk kepada kesihatan.

#7 – Praktis Cara Memasak Yang Lebih Sihat

Ubah penyediaan makan daripada menggoreng kepada alternatif yang lebih baik seperti merebus, memanggang, stim, grill dan sebagainya. Teknik ini mampu mengurangkan penggunaan minyak masak yang juga boleh membekalkan sumber kolesterol tidak baik kepada tubuh. Jangan terlebih masak atau over-cook pula! kerana ia berupaya membunuh pelbagai nutrien penting dalam bahan utama masakan.

#8 – Sentiasa Aktif Secara Fizikal

Bersenam atau aktifkan diri bergerak selama 30 minit sehari. Cukup 10 minit sekali sesi, 3 kali sehari; bukan sahaja boleh memperbaiki tahap kolesterol, tetapi juga boleh membantu penurunan berat badan. Tidak mampu yang berat, memadailah dengan aktiviti fizikal:

  1. Berjalan kaki atau menaiki tangga
  2. Berbasikal
  3. Berenang
  4. Beriadah sukan kegemaran

#9 – Kurangkan Tabiat Merokok Atau Berhenti Lagi Baik

Berhenti merokok boleh memperbaiki tahap kandungan kolesterol HDL yang baik dalam darah. 20 minit selepas buat pilihan untuk tidak merokok, tekanan darah dan jantung akan mulai menurun. Dalam masa setahun selepas itu, risiko penyakit jantung akan berupaya mengurang separuh daripada orang yang merokok. Dan setelah 15 tahun, risiko penyakit jantung itu akan menurun menyamai orang yang tidak pernah merokok.

#10 – Kawal Stress Jangan Bagi Meletup

Tahukah anda, stress mampu menaikkan komplikasi kolesterol dalam tubuh kita sampai ke tahap maksimum. Stress atau marah membuatkan trafik aliran darah pergi lebih laju ke kepala akibat aktiviti jantung yang aktif mengejut. Pada masa ini, kolesterol jahat akan memainkan peranan menggangu aliran darah dan menyebabkan risiko serangan strok atau serangan jantung.

Penyelesaian Terbaik

Kami mengesyorkan produk yang sudah terbukti berkesan & selamat serta mudah digunakan seperti Pati Herbamadu keluaran Clear Herbs Sdn. Bhd.

Pati Herbamadu


Antara kelebihan utama produk Pati Herbamadu ialah:

fungsi pati herbamadu

>> Dapatkan Pati Herbamadu Disini

kawal kolesterol

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email
×

Cart