ecg test

ALASAN PEMERIKSAAN KOLESTEROL TINGGI DAN CARA MENGATASINYA

Kadar kolesterol tinggi biasanya tidak menimbulkan gejala. Hal ini membuat kita sulit untuk mengetahui bila sebaiknya memeriksakannya dengan doktor untuk pertama kali. Umumnya, kadar kolesterol tinggi diketahui secara tidak sengaja saat menjalani pemeriksaan kesihatan rutin. Ada empat alasan utama mengapa Anda mungkin menjalani pemeriksaan kolesterol dan cara mengatasi kolesterol tinggi.

1.  Anda mungkin ditawari pemeriksaan kolesterol sebagai bahagian dari pemeriksaan kesihatan umum (general check) untuk menilai risiko kardiovaskular Anda (skrining).

2. Anda mungkin disarankan untuk menjalani pemeriksaan tersebut kerana anda memiliki faktor risiko kardiovaskular lain atau mengidap penyakit kardiovaskular.

3.  Anda menunjukkan gejala dislipidemia (misalnya deposir kolesterol pada kelopak mata atau tendon).

4.  Anda memiliki ahli keluarga yang baru saja didiagnosis memiliki kolesterol tinggi.

            Gejala-gejala kolesterol tinggi pada umumnya tidak begitu kelihatan. Baru bila kadar kolesterol semakin meningkat, mula kelihatan bercak-bercak kuniig tebal yang khas pada kulit, terutama pada kelopak mata, di siku dan tumit. Disebabkan kadar kolesterol tinggi seringkali tidak menimbulkan gejala, orang sering kali tidak sedar bahawa mereka meyandang hiperkolesterolemia familial atau kelainan lipid turunan lainnya. Mereka tidak sedar sehingga mereka (atau anggota keluarganya) mengalami episod penyakit jantung yang serius, umumnya pada usia yang lebih awal dari biasanya. Langkah skrining saat ini sedang diperbaharui untuk memperbaiki keadaan ini dan menyediakan bantuan perubatan bagi orang yang tidak menyedari bahawa mereka memerlukan bantuan.

            Gejala kolesterol tinggi muncul juga dapat diakibatkan oleh gaya makan yang tidak sihat, banyak memakan makanan atau minuman yang memiliki kadar kalori tinggi, lemak tidak tepu, obesiti yang tidak terkendali, merokok dan kurang olahraga.  Penyebab lainnya yang memunculkan gejala kolesterol tinggi ini adalah diet tinggi lemak tidak tepu, kolesterol dan kalori berlebihan, sirosis, diabetes mellitus, penurunan fungsi kelenjar tiroid, hiperaktiviti kelenjar pituitari, gagal ginjal, penyalahgunaan alkohol  secara berlebihan, penggunaan ubat-ubatan tersebut dan faktor keturunan.

            Tindakan pertama untuk menghindari kolesterol tinggi dan dengan demikian mengecilkan risiko terhadap PJP adalah menjalankan diet yang ketat dan berterusan. Di samping itu perlu sekali untuk berhenti merokok dan secara teratur melakukan gerak badan atau olahraga.

            Diet sihat. Sebagai pedoman untuk diet yang sihat dapat diikuti anjuran-anjuran dari Dewan Gizi negara Barat (termasuk negeri Belanda dan AS). Diet hendaknya cukup pelbagai dengan jumlah kalori terbatas sampai 2.200-3.000 kkal untuk lelaki, tergantung dari usia, berat badan dan perkerjaan ringan atau berat yang dilakukan dan untuk wanita 1.800-2.300 kkal.

            Lemak. Hendaknya dibatasi sampai 30% dari jumlah kalori keseluruhan (tenaga %), iaitu rata-rata 30-50 gram minyak, diet mentega (becel), tidak terhitung lemak yang terdapat dalam daging, ikan, susu, dan telur. Juga tidak termasuk lemak “tersembunyi” dalam makanan lainnya seperti kuih, biskut, kek, kacang tanah dan coklat. Lemak ini biasanya mengandungi sepertiga sehingga separuh dari lemak tepu.

Penyelesaian Terbaik

Kami mengesyorkan produk yang sudah terbukti berkesan & selamat serta mudah digunakan seperti Pati Herbamadu keluaran Clear Herbs Sdn. Bhd.

pati herbamadu


Antara kelebihan utama produk Pati Herbamadu ialah

fungsi pati herbamadu
fungsi pati herbamadu

>> Dapatkan Pati Herbamadu Disini

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email
×

Cart