Bagaimana Menjalani Hidup Selepas Serangan Jantung

Salam sejahtera pembaca semua!

Macam mana dengan runtin harini? Saya harap ianya terisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan menyihatkan. 

Ok untuk harini, saya nak berkongsi satu topik yang sangat jarang diperkatakan umum.

Perkongsian di media sosial banyak membincangkan tentang bagaimana mengelakkan serangan jantung, apa pola pemakanan yang sihat dan sebagainya.

Tetapi sangat kurang perkongsian berkenaan mereka yang telah terkena serangan jantung!

Jadi harini saya nak berkongsi tentang : “Bagaimana Menjalani Kehidupan Selepas Anda Diserang Jantung”

 

Tapi sebelum tu saya nak berkongsi satu Ebook percuma “3 RAHSIA KURANGKAN KOLESTEROL DENGAN CEPAT”.

Just klik pada gambar di bawah untuk dapatkan rahsia tersebut secara PERCUMA!! Klik tau, in sya Allah akan sangat bermanfaat untuk anda, keluarga mahupun kenalan.

 

Bagaimana Menjalani Kehidupan Selepas Anda Diserang Jantung

Ramai orang yang survive dari serangan jantung dan kembali hidup aktif malah lebih memanfaatkan hidup mereka. Sekiranya anda mendapatkan rawatan segera, ianya akan mengurangkan kerosakan terhadap otot jantung anda.

Semakin kurang kerosakan yang dialami oleh jantung anda, semakin cerah masa depan dan kualiti hidup anda walaupun selepas diserang sakit jantung.

Medical Followup

Selepas diserang jantung, anda sepatutnya dapatkan rawatan Penyakit Jantung Koronori (CHD). Ini dapat membantu mengelakkan daripada serangan berikutnya.

Doktor akan recommend :

  • Ubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat, diet yang sihat, aktif secara fizikal, kekalkan berat badan yang unggul, berhenti merokok dan sebagainya.
  • Ubat untuk mengawal sakit dada atau ketidak selesaan, kolesterol tinggi, darah tinggi dan workload untuk jantung. Ubat -ubat ini dapat membantu menghindari serangan jantung berulang.
  • Ubat anticlotting seperti aspirin yang dibekalkan dengan prescription doktor juga dapat mengelakkan serangan jantung berulang.
  • Program pemulihan cardiac.

Jika anda rasa sukar untuk mendapatkan medication atau menghabiskan program pemulihan cardiac, berbincanglah/consult dengan doktor! Jangan berhenti di tengah jalan kerana kedua-dua nya sangat membantu anda daripada serangan jantung berulang.

Kembali ke Aktiviti Normal

Selepas serangan jantung, kebanyakan mereka yang tidak mengalami sakit dada atau rasa tidak selesa lain boleh kembali kepada kehidupan normal mereka dalam hanya beberapa minggu sahaja.

Kebanyakkannya boleh berjalan seperti biasa, melakukan hubungan intim seperti biasa dan sebagainya. Berbincang lah dengan doktor tentang jadual yang selamat untuk kembali ke normal rutin anda.

Memandu juga dibolehkan untuk mereka yang tidak mengalami simptom-simptom sakit dada atau ketidak selesaan lain. Namun mereka yang mengalami komplikasi teruk dinasihatkan supaya tidak memandu sehingga diri mereka kembali stabil.

 

Kebimbangan dan Kemurungan Selepas Serangan Jantung

Selepas diserang jantung, ramai yang risau tentang berulangnya serangan kali kedua. Kadang- kadang sehingga mereka mengalami kemurungan dan bermasalah untuk berubah kepada gaya hidup yang baru.

Luahkan apa yang anda rasa kepada health care team anda. Bercakap dengan profesional kaunselor juga amat membantu.

Jika anda terlalu depress, doktor mungkin akan recommend ubat atau rawatan yang boleh membantu merubah kualiti hidup anda ke arah yang lebih baik.

Join “support group” untuk pesakit jantung juga membantu anda untuk menjalani hidup selepas serangan jantung. Anda boleh bertukar-tukar pandangan tentang pengalaman mereka yang menghadapi masalah yang sama seperti anda.

Dapatkan maklumat tentang support group ini daripada doktor atau medical center (hospital dan klinik berdekatan anda).

Support daripada ahli keluarga dan kawan-kawan juga amat-amat membantu dalam mengurangkan bebanan stress dan kebimbangan anda. Berkongsilah dengan mereka tentang apa yang anda fikirkan dan apa yang dapat mereka lakukan untuk bantu mengurangkan beban yang anda tanggung.

 

Risiko Berulangnya Serangan Jantung

Sekali anda pernah diserang sakit jantung, anda berisiko tinggi untuk mendapat serangan semula. Namum anda wajib ketahui beza antara serangan jantung dan angina! Sangat penting! Angina juga adalah sakit dada yang berlaku kepada mereka yang menghidap CHD.

Tapi sakit dada akibat angina akan segera hilang, ianya disebabkan senaman fizikal berlebihan. Biasanya akan hilang selepas anda berehat atau mengambil ubat mengikut arahan.

Manakala sakit dada akibat serangan jantung pula lebih teruk daripada angina dan tidak anda hilang begitu saja walaupun anda telah mengambil ubat dan rehat.

Jika anda tidak pasti samada anda sakit dada anda akibat angina atau sakit jantung, jangan tanggu, call 911 atau ahli keluarga rapat dan terus ke hospital.

Simptom serangan kedua mungkin tidak sama seperti waktu mula-mula anda diserang jantung.

Tetapi jangan ambil mudah jika anda tidak pasti !

Malangnya kebanyakan pesakit jantung menunggu sehingga lebih dari 2 jam sebelum mereka mendapatkan bantuan medical yang proper. Kelewatan ini boleh mengakibatkan kerosakan jantung malah kematian..

Ok sampai di sini sahaja perkongsian kali ni. Sebelum berpisah saya nak ingatkan sekali lagi tentang Ebook percuma “3 RAHSIA KURANGKAN KOLESTEROL DENGAN CEPAT”.

Just klik pada gambar di bawah untuk dapatkan rahsia yang sangat berguna ni.

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email
×

Cart