CH - Blog Cover Design - 14 Buah

14 buah penghapus kolesterol jahat!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Harini saya tak kongsikan satu topik menarik iaitu tentang kaitan antara buah-buahan dan kolesterol. Kita biasa mendegar tentang manfaat buah-buahan sebagai pembekal serat, vitamin dan antioksida kepada badan untuk kekal muda dan sihat.

Tahukan anda buah-buahan juga sangat penting untuk menyingkirkan kolesterol ???

Tapi sebelum tu saya nak berkongsi dengan anda Ebook “3 RAHSIA KURANGKAN KOLESTEROL DENGAN CEPAT”.

Just klik pada gambar di bawah untuk dapatkan rahsia tersebut secara PERCUMA!! Klik tau, in sya Allah akan sangat bermanfaat untuk anda, keluarga mahupun kenalan.

 

Jom kenali 14 jenis buah yang bermanfaat sebagai penghapus kolesterol jahat dalam badan :

Limau Nipis

Limau nipis sangat kaya dengan flavonoid yang dikenal sebagai flavones polymethoxylated, antioksidan yang memiliki efek yang kuat untuk menurunkan kolesterol, khususnya kolesterol jahat LDL.

Di samping itu limau nipis juga mengandungi vitamin C yang tinggi yang sangat membantu mencegah kerosakan akibat kolesterol LDL.

Sekaligus mengurangi risiko penyakit kardiovaskular, kerana dapat menurunkan kolesterol secara keseluruhan. Study menunjukkan hasil yang berbeza-beza dan telah menggunakan suplemen vitamin C dalam jumlah antara 100 sampai 1000 miligram sehari.

 

Pink Guava

Ini merupakan salah satu buah penurun kolesterol yang baik, kerana jambu biji merah atau Guava ini mengandung banyak vitamin C, vitamin E, flavonoid, karotenoid, likopen, dan selenium. Kesemuanya sangat bermanfaat bagi kesihatan tubuh kita.

Namun yang berperanan penting dalam menurunkan kolesterol adalah Antioksidan flavonoid yang mampu menurunkan kolesterol jahat LDL dan trigliserida.

Hal ini terbukti melalui kajian, dimana dengan pengambilan jus pink guava selama 2 bulan dalam dose tertentu secara konsisten dapat menurunkan kolesterol sampai 53% daripada total 83% kolesterol LDL.

 

Buah Anggur

Anggur ini mengandung zat yang bertindak aktif menurunkan kolesterol, iaitu sebatian flavonoid, di samping itu sebatian ini juga mampu mencegah penggumpalan darah dan menghalang kerosakan akibat wujudnya radikal bebas.

Selain itu, buah anggur juga mengandungi banyak serat dan memiliki zat catechin yang dapat menurunkan kolesterol LDL sekaligus menaikkan kolesterol baik, HDL.

Buah Delima

Bukan sekadar dapat menurunkan kolesterol, buah delima juga mengandungi zat yang dapat menghilangkan plak dalam aliran darah yang berpunca daripada paras kolesterol yang tinggi.

Fungsi ini diperoleh dari kandungan oksida nitrat yang terdapat dalam buah delima. Malah, kandungan antioksidan dalam buah delima ternyata tiga kali ganda lebih banyak jika dibandingkan dengan anggur merah.

 

Buah Mangga

Buah mangga juga merupakan salah satu sumber Vitamin C yang dapat mencegah kolesterol jahat teroksida, penyebab utama terjadinya plak (penimbunan) kolesterol pembuluh darah.

Di sudut lain, buah mangga juga merupakan salah satu sumber makanan kaya serat yang dapat mengurangkan kemasukan kolesterol ke dalam aliran darah pada tahap pencernaan.

 

Buah Berry

Jenis buah-buahan yang tergolong dalam kategori berry terkenal kaya dengan pterostilbene yang memiliki khasiat sebagai antioksidan.

Selain dapat menurunkan kolesterol jahat, zat ini juga dapat mencegah penimbunan plak dalam arteri yang jika dibiarkan akan menyebabkan serangan jantung koroner dan stroke.

 

Avokado

Ada tanggapan bahawa Avocado adalah buah yang kaya dengan lemak sehingga ramai yang menjauhinya kerana takut gemuk atau menderita kolesterol tinggi. Benarkah demikian?

Avocado memang mengandungi banyak lemak, bahkan sampai 16 persen. Namun lemak dalam avocado adalah lemak tak tepu tunggal,.

Jadi ianya menyihatkan, kerana lemak ini dapat membantu meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) dan menurunkan kadar kolestrol jahat (LDL). Avocado juga mengandungi beta-sitosterol sejenis lemak nabati yang juga menyihatkan, kerana dapat mengurangkan jumlah kolesterol yang diserap dari makanan.

Nikmatilah avocado dengan cara yang sihat, contohnya sebagai jus, namun jangan mencampurkannya dengan terlalu banyak gula.

 

Buah Zaitun

Buah zaitun kaya dengan kandungan zat anti oksidan (hydroxytyrosol) yang bermanfaat menurunkan kadar kolestrol dalam darah namun tidak mengurangi kadar kolesterol baik dalam tubuh (HDL).

Buah ini juga memberi effect baik terhadap kesihatan jantung kerana mengandungi lemak tak tepu tunggal dan vitamin E yang dapat meningkatkan kadar kolesterol baik.

Untuk mendapatkan manfaat yang maksimum, kita boleh mengambil campuran 2 sudu minyak zaitun dan buah zaitun yang dicampurkan pada salad.

 

Lemon

Lemon adalah satu buah yang mengandungi vitamin C yang tinggi. Dalam 1 cawan jus lemon segar memiliki 94 miligram; 1 cawan lemon mentah mengandung 112 miligram vitamin C.

Vitamin C dalam lemon akan mengurangkan produksi apo-B iaitu sejenis zat yang membuat bertambahnya kolesterol dalam darah. Dalam buah lemon juga terkandung antioksidan yang bertindak mengurangi oksidan LDL.

 

Tomato

Tomata terkenal memiliki banyak kandungan likopen yang  berperanan menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL). Kita boleh menikmati tomato serta memperoleh kebaikannya dengan cara dimakan segar, dibuat jus, atau dimakan dalam bentuk sup.

Dan tahukah Anda, bahawa tomato juga boleh menjadi makanan penyembuh ulcer yang kronik.

 

Tembikai

Siapa yang tak kenal dengan buah segar yang satu ni, selain dapat menghilangkan dahaga dengan cepat, ternyata tembikai juga termasuk dalam kategori buah penurun kolesterol.

Hal ini diketahui kerana dalam buah tembikai terkandung likopen sama seperti tomato yang dapat menurunkan kadar kolesterol jahat dalam darah.

 

Epal

Buah yang satu ini memang terkenal menyihatkan, dan sekarang kita tahu bahawa epal merupakan salah satu buah penurun kolesterol kerana kandungan zat beta-glucan yang berperanan dalam mengawal penghasilan kolesterol.

Epal juga sebagai sumber serat larut yang dapat menurunkan kolesterol dan mencegah arteri mengeras serta melindungi tubuh terhadap serangan jantung dan stroke.

Kita boleh menikmati buah ini sambil mendapatkan manfaatnya dengan cara di makan terus atau sebagai jus. Epal juga boleh dibuat cuka. Mengambil cuka epal secara rutin dapat menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).

Di samping itu, buah epal merupakan buah yang bagus untuk penghidap diabetes dan cuka apel diketahui dapat meningkatkan sensitiviti insulin penderita diabetes type-2.

 

Buah Pir

Buah ini merupakan sumber serat larut air yang sangat baik (serat larut dan membentuk substance) – seperti gel termasuk pektin. Meskipun epal biasanya memiliki kandungan pektin yang tinggi, pir sebenarnya memiliki pektin yang lebih tinggi.

Karena itu, pir menjadi salah satu buah penurun kolesterol. Pektin dalam pir juga membantu pembersihan usus dan melancarkan pembuangan air besar.

 

Pisang

Pisang merupakan sumber yang baik dari serat makanan, yang dapat membantu mengurangkan low-density lipoprotein – LDL atau kolesterol “jahat”. Selain itu, kalium dalam pisang juga dapat membantu menurunkan tekanan darah, dapat menurunkan kolesterol jahat dan menyihatkan jantung.

 

Jika kita perhatikan, hampir semua buah-buahan dapat menurunkan kolesterol tinggi, karena memang pada prinsipnya makanan berserat, bervitamin, dan kaya antioksidan sangat diperlukan oleh penderita kolesterol tinggi.

Sebelum berpisah saya sekali lagi nak ingatkan awak untuk klik Ebook percuma “3 RAHSIA KURANGKAN KOLESTEROL DENGAN CEPAT”. Just klik pada gambar di bawah untuk dapatkan rahsia yang sangat berguna ni.

Jumpa lagi dalam perkongsian yang akan datang..

 

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email
×

Cart