sakit kepala

10 CIRI-CIRI FIZIKAL ORANG YANG TERKENA KOLESTEROL TINGGI

Apakah anda sering mengalami sakit kepala? Boleh jadi itu merupakan salah satu tanda anda mengalami kolesterol tinggi. Ada banyak ciri-ciri kolesterol yang anda mesti waspadai kerana ramai orang masih tidak tahu dengan keadaan kesihatannya sehingga baru tahu ketika semuanya sudah terlambat.

            Stroke dan serangan jantung merupakan penyakit yang disebabkan salah satunya oleh tingginya kolesterol, Kolesterol merupakan sifat-sifat dasar lemak yang ada pada seluruh makhluk hidup.

            Ketika kolesterol bertambah di dalam aliran darah dalam beberapa lama, pembuluh darah dapat menyempit atau tertutup. Kolesterol jahat atau LDL yang tinggi dalam darah akan menyebabkan stroke mahupun serangan jantung.

            LDL(Low Density Lipoprotein) (kolesterol jahat) dianggap tinggi jika jumlahnya lebih dari 130 mg/dl sedangkan jumlah kolesterol tinggi yakni lebih dari 200 mg/dl. Lantas bagaimanakah untuk mengetahui gejala koleterol tinggi? Semak di bawah berikut ini :

10 Ciri-ciri Fizikal Orang yang Terkena Kolesterol Tinggi

  1. Sering sakit kepala– Adanya peningkatan kolesterol menjadikan arteriosklerosis (pengerasan pembuluh darah). Aliran darah yang mengalir ke otak terhambat
  2. Cepat mengantuk- Kerana kolesterol menyempitkan pembuluh darah dan terkadang menutup pembuluh darah, aliran darah yang membawa oksigen ke otak terhambat sehingga seseorang cepat mengantuk. Jika anda sering merasakan 3L iaitu lemah, letih dan lesu, ada baiknya anda segera memeriksa kadar kolesterol tubuh anda.
  3. Rasa berat di tengkuk dan lenguh di bahu. Hal ini kerana bekalan darah dan oksigen terhambat akibat penompokan plak pada pembuluh darah
  4. Mudah lelah. Orang yang mengalami kolesterol tinggi sistem vital tubuhnya terganggu sehingga mudah lelah. Apakah anda sering bangun tidur dan terasa masih letih seharian ? Jika anda berusia di atas 30 tahun dan sering mengalami gejala ini segeralah periksa kadar kolesterol anda di makmal.
  5. Kesemutan. Biasanya ini terjadi kerana aliran darah menggumpal dan tidak lancar.
  6. Sakit bahagian dada. Ketika kolesterol sudah berada pada aras tinggi akan terjadi penompokan lemak di arteri. Keadaan ini membuat aliran darah menuju jantung menjadi tidak lancar. Jika anda merasa sakit pada bahagian dada, maka sering berhubungan dengan keadaan ini kerana memang kebanyakan orang yang mengalami gejala ini biasanya hanya menganggap sakit biasa
  7. Sakit pada bahagian kaki dan tangan. Pada sebahagian orang gejala kolesterol terasa pada kaki dan tangan.Pada orang tua kaki dan tangan sering merasakan panas dan kesemutan sehingga menurunkan fungsi geraknya. Hal ini boleh jadi sebuah petanda bahawa kolesterol sudah mengakibatkan aliran darah pada kaki dan tangan menjadi tidak lancar.
  8. Susah bernafas. Kolesterol yang tinggi boleh juga mengakibatkan gagguan pernafasan. Keadaan ini terjadi saat adanya penompokan kolesterol pada arteri aliran tubuh. Jantung tidak boleh mengepam darah dengan bagus akibat tubuh alami kekurangan oksigen gejala ini biasanya terjadi pada orang yang alami obesiti.
  9. Kehilangan keseimbangan. Sistem saraf juga akan terpengaruhi oleh plak kolesterol sehingga membuat penderita menjadi tidak seimbang. Keadaan ini sering kita lihat pada orang usia lanjut yang mendapatkan serangan stroke saat jatuh
  10. Tidak kuat berolahraga. Penderita kolesterol tinggi dan obesiti sering mengalami masalah ini, tidak kuat berolahraga. Tetapi, agar kolesterol turun mereka harus olahraga. Jadi apa yang harus dilakukan ? mulailah olahraga secara bertahap dengan meningkatkan kesungguhan secara perlahan.
Click Now

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email
×

Cart