bacaan kolesterol

BACAAN KADAR KOLESTEROL NORMAL UNTUK HIDUP SIHAT

Kolesterol tinggi mempunyai beberapa sebab, termasuk pilihan pemakanan. Kolesterol adalah bahan berasaskan minyak dan tidak bercampur dengan darah, ia berasaskan air. Ia dibawa ke seluruh badan oleh lipoprotein. Banyak makanan yang tidak sihat boleh menyebabkan kolesterol anda meningkat secara mendadak. Anda seharusnya menjaga pemakanan anda bagi mendapatkan kadar kolesterol normal. Seperti yang telah sedemikian maklum, kolesterol mempunyai dua jenis iaitu baik dan buruk.

Pada paras  normal, ia adalah bahan penting untuk badan. Walau bagaimanapun, jika kepekatan dalam darah menjadi terlalu tinggi, ia akan menjadi bahaya secara senyap yang akan menyebabkan sesetengah individu berisiko mendapat serangan jantung. Kolesterol boleh didapati di setiap sel badan dan mempunyai fungsi semulajadi yang penting untuk mencerna makanan, menghasilkan hormon, dan menghasilkan vitamin D. Ia dihasilkan oleh badan tetapi juga ia terdapat dari makanan.

KADAR KOLESTEROL NORMAL DALAM DARAH

Kolesterol yang tinggi adalah sesuatu yang tidak bagus untuk badan anda apatah lagi kesihatan anda. Anda seharusnya peka dengan kadar kolesterol normal anda. Ia sedikit sebanyak merupakan langkah awal dan anda dapatmencegah peyakit kronik. Perhatian yang lebih harus diberikan kepada bacaan kolesterol LDL memandangkan ia mungkin menyebabkan risiko serangan jantung atau sakit stroke. Berikut adalah indikator bacaan kadar kolesterol dalam darah.

Jumlah kolesterol yang perlu anda ketahui:-

  • Bagi kadar kolesterol yang normal, ia akan berada pada bawah 200mg/dL ianya dimana berada pada tahap yang bagus. Ia merupakan tahap yang perlu diberikan perhatian yang rendah kerana anda berada pada tahap yang tidak perlu dibimbangkan.
  • Bagi mereka yang berada pada tahap antara 200mg/dL hingga 239mg/dL, mereka akan berada pada tahap sempadan atau berada ditengah-tengah. Ia masih pada tahap sihat akan tetapi anda perlu berwaspada dengan tahap ini kerana ia boleh meningkat secara senyap tanpa anda mengetahuinya.
  • Kadar kolesterol tinggi jika ia berada pada atas 240mg/dL. Ia merupakan tahap yang terlalu tinggi dan anda wajar untuk mencari cara untuk menguranginya samada berjumpa dengan pakar diet ataupun seorang doktor bagi mengatasi masalah anda ini.

KOLESTEROL LDL

  1. Bagi mereka berada pada tahap 70mg/dL ataupun berada pada bawah 100mg/dL, mereka berpeluang untuk mendapat risiko sakit jantung.Pada tahap ini anda disarankan untuk mendapatkan rawatan secepat yang mungkin bagi mengatasi masalah ini. Ia agak mustahil untuk mendapatkan kadar kolesterol yang normal jika anda tidak mencegah masalah ini.
  2. Bagi 100 hingga 129mg/dL mereka akan berada pada tahap hampir ideal. Manakala 130 hingga 159mg/dL mereka ini berada pada sempadan. Ia berada pada kadar kolesterol normal jika anda terusmenjaga dan menstabilkan kolesterol anda.
  3. Kadar kolesterol tinggi jika berada pada tahap 160 hingga 189mg/dL.Hali ini kerana ia merupakan paras yang tinggi dan lebih teruk lagi apabila anda berada pada tahap 190mg/dL dan keatas. Ia merupakan tahap yang sangat tinggi.

KOLESTEROL HDL

  1. Bagi lelaki terutamanya, mereka yang berada pada bawah 40mg/dL merupakan kedudukan atau tahap yang tidak bagus. Ia dapat memberikan impak yang negatif kepada diri anda dan kesihatan anda terutamanya. Manakala bagi wanita yang berada pada tahap 50mg/dL kebawah, mereka juga turut berada dalam keadaan yang tidak bagus untuk kesihatan. Ia tidak akan mendapat kadar kolesterol yang normal jika anda tidak mencegahnya.
  2. Bagi mendapatkan kadar kolesterol normal dan baik, bagi lelaki anda perlu berada pada tahap 40 hingga 49mg/dL kerana ia merupakan berada pada tahap yang stabil dan bagus. Manakala bagi wanita pula, anda perlu berada pada tahap 50 hingga 59mg/dL.
  3. Bagi anda yang berada pada tahap 60mg/dL, ia merupakan tahap yang terbaik. Ia amat bagus untuk kesihatan diri anda samada pada masa sekarang atau pada masa akan datang. Ia lebih daripada kadar kolesterol normal jika anda berada pada tahap ini.

TRIGLYCERIDES

Bagi sejenis lemak yang meningkat disebabkan oleh manisan dan alkohol ini, mereka yang berada pada bawah 150mg/dL merupakan tahap yang bagus.Ini merupakan kadar kolesterol normal bagi sesiapa yang menghidapinya. Bagi tahap 150 hingga 199mg/dL pula, mereka berada pada tahap sempadan atau ditengah-tengah. Apa yang perlu anda risaukan dan elakkan ialah berada pada tahap 200 hingga 499mg/dL. Ia merupakan paras kolesterol yang tinggi dan lebih parah lagi apabila ia berada pada 500 dan keatas. Ini merupakan tahap yang sangat tinggi dan perlu anda elakkan. Hal ini bagi memastikan kesihatan anda terjamin.

Penyelesaian Terbaik:

Kami mengesyorkan produk yang sudah terbukti berkesan & selamat serta mudah digunakan seperti Pati Herbamadu keluaran Clear Herbs Sdn. Bhd.

pati herbamadu kurangkan kolesterol


Antara kelebihan utama produk Pati Herbamadu ialah:

fungsi pati herbamadu
fungsi pati herbamadu

>> Dapatkan Pati Herbamadu Disini

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email
×

Cart