Mengapa Orang Kurus Boleh Kena Kolesterol Tinggi?

Kolesterol tinggi boleh menyerang sesiapa sahaja. Ianya tidak memandang jantina, usia, berbadan kurus ataupun gemuk. Sebuah kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun 2008 mendapati bahawa sekitar satu perempat orang di negara itu tidak mengalami berat badan yang berlebihan, akan tetapi mereka tetap berisiko diserang penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, kolesterol dan juga tekanan darah tinggi.

Jadi, apa penyebabnya yang menyebabkan orang kurus juga boleh menghidap kolesterol tinggi ini?

Kurang Bersukan

Menurut Healthline, orang yang bertubuh kurus ini lebih cenderung untuk mendapat kolesterol yang tinggi adalah kerana kurang atau tidak melakukan aktiviti bersukan secara rutin. Ini menyebabkan terjadinya peningkatan asid lemak tepu dalam tubuh badan yang membawa kepada peningkatan kolesterol.

Sama ada bersukan ataupun hanya dengan mengeluarkan peluh di gim sememangnya dapat membantu mengurangkan risiko peningkatan paras kolesterol.

Tidak Menjaga Cara Pemakanan

Orang yang memiliki badan yang kurus ini kebiasaannya tidak memperhatikan jenis makanan yang diambilnya. Mereka makan semahunya kerana merasakan badannya tidak akan gemuk. Tetapi, mereka tidak ketahui bahawa kadar kolesterol dalam badan mereka akan meningkat.

Hal ini adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang kaya dengan lemak tepu dan berkolesterol tinggi. Contohnya adalah seperti margerin, makanan manis, daging merah dan juga makanan laut.

Kurang Aktif Atau Tidak Menjalani Gaya Hidup Sihat

Gaya hidup yang tidak aktif atau kurang bergerak juga menjadi salah satu faktor terjadinya banyak penyakit. Kebiasaannya hal ini melibatkan individu yang mengalami obesiti kerana kurang melakukan aktiviti fizikal. Mereka lebih banyak duduk dan mengakibatkan asid lemak tepu dalam badan berkumpul dan kadar kolesterol jahat meningkat.

Stres Yang Kronik

Satu kajian yang diterbitkan Jurnal Perubatan: Circulation pada 2000 menunjukkan bahawa tekanan berpanjangan yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan kerosakan dinding dalam salur darah. Kerosakan ini boleh mengakibatkan kolesterol lebih mudah mendap di dalamnya. Kesan jangka masa panjang akan menyebabkan saluran darah tersumbat dan akhirnya penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan strok akan berlaku.

Peningkatan kadar kolesterol menghasilkan tindak balas biologi tubuh badan terhadap stres yang melibatkan pengumpulan sumber tenaga, seperti asid lemak dan glukosa sehingga menambahkan berat badan.

Merokok

Zat kimia yang terdapat di dalam rokok itu terutamanya nikotin boleh membuatkan kadar kolesterol baik HDL menurun dengan drastik dan membuatkan kadar kolestrol jahat naik dengan mendadak. Hal ini boleh menjadi punca berlakunya penyakit jantung.

Kandungan di dalam rokok boleh merosakkan lapisan bahagian dalam saluran darah membuatkan darah menjadi lebih pekat dan ketal sekaligus menyebabkan terganggunya degupan jantung akibat penurunan kadar oksigen di dalam tubuh.

Minum Alkohol Berlebihan

Sesetengah individu yang memiliki badan yang kurus mengambil banyak minuman beralkohol untuk mengisi perut mereka. Pengambilam alkohol yang berlebihan boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam badan.

Penyelesaian Terbaik

Kelebihan Utama Pati Herbamadu

  • Membantu menurunkan paras kolesterol
  • Membantu membersihkan saluran jantung tersumbat
  • Membantu mengawal darah tinggi
  • Membantu melancarkan perjalanan darah
  • Membantu melawaskan perut
  • Membantu menghilangkan rasa keletihan badan yang melampau
  • Membantu membuang kahak dalam kerongkong
  • Membantu menurunkan berat badan

>> Dapatkan Pati Herbamadu Di Sini

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email
×

Cart