Herba Kuatkan Antibodi Tubuh

https://www.clearherbs.com.my/product/herbamadu-antibodi-vitamin-c/Covid 19 yang merebak dengan pantas membuatkan ramai berjaga-jaga untuk mengelak terkena jangkitan.

Selain dari kerap membasuh tangan dengan sabun atau hand sanitizer, memakai topeng muka serta mengamalkan jarakan sosial, kita juga disarankan untuk meningkatkan sistem imunisasi / antibodi tubuh yang mampu melawan pelbagai virus penyakit.

Di bawah, kami senaraikan herba dan buahan semulajadi yang telah terbukti mampu meningkatkan antibodi seseorang.

1. Lemon

Lemon merupakan sumber antioksidan, vitamin, dan nutrisi yang sangat baik. Lemon kaya dengan Vitamin C yang dapat membantu meningkatkan imunisasi tubuh, anti penuaan, malah ia mampu meningkatkan penghasilan sel darah putih yang berperanan melawan penyakit.

2. Bawang Putih

Bawang putih mampu meningkatkan sistem pertahanan tubuh kerana mengandungi sulfur yang berguna untuk imunisasi tubuh.

Ia juga dapat mengawal tekanan darah dan melambatkan pengerasan pembuluh darah. Jadi sangat bermanfaat banyakkan makan bawang putih.

3. Halia

Halia banyak mengandungi Vitamin C dan magnesium. Kandungan ini membuatkan halia menjadi salah satu herba yang digunakan untuk menguatkan imunisasi tubuh.

Selain itu, halia juga memiliki kandungan gingerols, shogaols, dan zingerones yang dapat berfungsi sebagai antioksidan bagi tubuh.

4. Madu Lebah

Khasiat yang dimiliki madu lebah diakui mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk asma, migrain dan penyakit lain. Madu juga digunakan secara tradisional untuk menghilangkan batuk dan menambah antibodi tubuh.

 5. Epal

Epal mengandungi pelbagai manfaat kesihatan kerana kaya antioksidan, berperanan meningkatkan sistem imun melawan penyakit dan sebiji buah bersaiz sederhana mempunyai empat gram serat yang dikenali sebagai pektin.

Manfaat lain termasuk mengelakkan masalah gigi reput, menurunkan paras bakteria dalam mulut dan menjadikan gigi lebih sihat dan putih.

Pengambilan sebiji epal setiap hari mengurangkan risiko mendapat diabetes kerana kandungan serat tinggi menstabilkan gula dalam darah, selain rasa kenyang lebih lama mengelakkan daripada makan berlebihan.

 6. Kurma

Buah yang manis ini adalah suatu keajaiban untuk manusia. Memiliki mineral, vitamin, serat dan antioksida yang lengkap untuk kesihatan keseluruhan badan telah menjadikan buah kurma diiktiraf sebagai pengganti diet yang paling baik di dunia terutamanya ketika proses penyembuhan penyakit.

 

Dapatkan Jus Herba Campuran lima bahan diatas yang sudah siap disini :

 https://www.clearherbs.com.my/product/herbamadu-antibodi-vitamin-c/

 

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email
×

Cart