hiperkolesterolemia

AMALKAN TIPS INI UNTUK MENGURANGKAN KOLESTROL DALAM DARAH

Tahukah anda, kolesterol yang tinggi dalam darah atau disebut sebagai hiperkolesterolemia disebabkan oleh cara dan pengambilan makanan kita seharian, berat badan berlebihan, kurang melakukan aktiviti senaman, faktor usia, keturunan dan yang paling kebanyakkan orang suka buat, merokok.

hiperkolesterolemia

Kalau diteliti semula semua punca-punca diatas, hmmm… memang sinonim dan terasa dekat dengan kita. Sebab apa? Ye lah, kita orang Malaysia ni, makanan semua  mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Dengar nama ja pun dah tahu, masak lemak cili api, nasi lemak, masak lemak daging salai. Semua lemak-lemak belaka. Susah juga kalau nak elak. Dah memang makanan kita.

Kolesterol yang tinggi dalam darah ini sebenarnya sangat merbahaya kerana penyakit ini boleh mengakibatkan sakit jantung dan strok. Alamak, betul ke?  Ya. Sangat betul. Jadi, bagi mengelakkan kita semua terkena strok, ada baiknya jika kita mencegah perkara ini sebelum terjadi. Mencegah lebih baik dari merawat, kan?

Tips Mengurangkan Kolesterol Dalam Darah

Macam mana nak kurangkan kolesterol dalam darah? Ini tips yang mudah dan selamat yang boleh anda semua amalkan.

good bad cholesterol
  1. Kawal Pemakanan

Saya tahu, ini yang paling susah dan ramai mengelak untuk buat. Tapi inilah yang paling utama. Bukan kata tak boleh makan langsung, tapi kawal. Maksudnya, bila anda makan pastikan makanan anda seimbang. Ada sayur-sayuran, buah-buahan dan paling penting sebenarnya, elakan makanan lemak trans dan lemak tepu. Contohnya seperti, donat, majerin, biskut, makanan bergoreng dan seumpamanya.  Elakkan daging merah, telur, susu penuh ,daging merah, dan kuning telur adalah makanan kolesterol yang pekat.

Habis tu, makanan apa yang boleh turunkan kadar kolesterol dalam darah ni?

  • Buah-buahan.

Watak utama atau hero dalam menyelamatkan keadaan. Buah-buahan seperti manga, anggur, epal dan buah kurma dapat menurunkan paras kolesterol dalam darah.

fruits
  • Kacang Soya

Produk-produk soya adalah satu lagi contoh makanan merendahkan kolesterol. Beberapa kajian mencadangkan bahawa makanan yang mengandungi soya boleh mengurangkan kolesterol buruk seseorang. Mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Selain itu, ianya juga mampu menghindari penyakit jantung dan kencing manis

soya
  • Oatmeal

Wah, menu ini mungkin ramai yang kata tak lepas tekak, tapi ada juga yang suka. Kepada yang suka, tahniah dan teruskan. Dah betul dah tu. Bagi yang susah nak telan, nasihat saya google lah di internet dan carilah resipi oat yang sedap. Ada ja resipi oat yang kreatif dan menyelerakan. Anda boleh cuba. Oat ni dapat menurunkan jumlah penyerapan kolesterol dalam sistem pencernaan anda, tahu?

oats
  • Bersenam

Bersenamlah sekurang-kurang 30 minit setiap sesi, 3-4 hari seminggu. Mudah saja kan sebenarnya, bersenam tak semestinya perlu ke gym, anda boleh saja lakukan senaman-senaman ringan di taman rekreasi yang berdekatan ataupun dalam rumah pun boleh. Ini dapat membantu merendahkan kolesterol, mencapai berat badan ideal dan boleh juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis. Lebih awet muda, gitu. Cubalah.

exercise
  • Berhenti Merokok

Wohoo, ini serius. Amatlah berat bunyinya bagi perokok tegar, tapi amatlah baik sebenarnya untuk kesihatan. Merokok ni sebenarnya boleh memburukkan lagi tahap kolesterol anda. Jadilah lebih sihat, positif dan jimat wang anda dengan berhenti merokok.

rokok
  • Minum Teh

Teh hijau bukan saja bagus untuk mengurangkan berat badan, mengurangkan tekanan dan bertindak sebagai antibakteria, tetapi ianya juga sangat bagus untuk mengurangkan kolesterol dalam darah. Teh hijau mengurangkan paras kolesterol jahat dalam badan dan meningkatkan nisbah kolesterol baik berbanding kolesterol jahat dalam badan.

teh hijau

Penyelesaian Terbaik

Kami mengesyorkan produk yang sudah terbukti berkesan & selamat serta mudah digunakan seperti Pati Herbamadu keluaran Clear Herbs Sdn. Bhd.

pati herbamadu

Antara kelebihan utama produk Pati Herbamadu ialah:

fungsi pati herbamadu
fungsi pati herbamadu

>> Dapatkan Pati Herbamadu Disini

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email
×

Cart