1

10 Idea Menu Sihat Untuk Kurangkan Risiko Sakit Jantung

Sakit jantung boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor. Namun begitu, kajian menyatakan bahawa diet merupakan penentu penting risiko penyakit kronik, terutamanya sakit jantung. Ini bermakna, risiko sakit jantung boleh dikurangkan dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan seimbang. Untuk mengelakkan sakit jantung, anda boleh merancang menu sihat yang kaya dengan nutrien, serat dan lemak yang sihat. Terdapat variasi makanan yang bagus untuk jantung, namun anda perlu kreatif dalam menyediakan menu sihat agar tidak membosankan. Secara asasnya, menu sihat ini mengandungi kandungan gula, garam serta kolesterol yang rendah. Namun begitu, ia tetap lazat untuk dinikmati. Di sini akan dikongsikan 10 idea menu sihat untuk mengurangkan risiko sakit jantung. Selamat mencuba!

 

1. Bijirin oat dengan susu dicampur dengan kekacang dan buah-buahan

Menu sihat ini sangat sesuai dijadikan sebagai sarapan. Oat merupakan bijirin yang kaya dengan serat larut dan boleh menurunkan kolesterol. Ia bertindak seperti span dan menyerap kolesterol supaya tidak diserap ke dalam saluran darah. Selain itu, kekacang juga merupakan sumber protein yang bagus. Ia mengandungi protein yang tinggi tanpa lemak tidak sihat.

2. Yoghurt rendah lemak dicampur dengan biji chia

Yoghurt merupakan sumber kalsium yang bagus, dicampur pula dengan biji chia. Biji chia mengandungi omega-3 yang tinggi, menjadikan ia makanan yang baik untuk kesihatan jantung. Ia juga mengandungi serat yang tinggi. Menu sihat ini boleh dijadikan menu sarapan atau snack pada bila-bila masa.

 

3. Bubur jagung

Jagung merupakan bijirin yang mengandungi serat tinggi dan baik untuk kesihatan jantung. Dalam penyediaan menu sihat ini, anda perlu mengurangkan gula dan garam serta kandungan lemak. Bukan sahaja bubur jagung anda lebih sihat, malah dapat menurunkan risiko sakit jantung. Sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pencuci mulut.

 

4. Kentang rebus dengan keju dan brokoli

Ternyata kentang adalah sangat baik untuk kesihatan jantung. Kentang kaya dengan kalium dan serat yang tinggi. Ia dapat membantu menurunkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko sakit jantung. Brokoli pula mengandungi pelbagai khasiat, tinggi serat serta rendah kalori. Menu sihat ini sesuai dijadikan lauk sampingan atau dimakan begitu sahaja.

 

5. Sup ayam dan sayuran yang dikukus

Sup ayam merupakan menu yang sangat sihat serta mudah untuk disediakan. Bukan sahaja sesuai dijadikan menu untuk mengelakkan sakit jantung, malah boleh juga dijadikan menu untuk diet. Sayuran pilihan anda pula boleh dikukus bagi mengekalkan zat serta rasa yang lebih sedap. Menu sihat ini sesuai dimakan dengan nasi.

 

6. Roti bakar dengan telur setengah masak

Walaupun telur mengandungi kolesterol yang tinggi, namun kajian menyatakan bahawa ia dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Namun begitu, anda tidak digalakkan untuk mengambil telur setiap hari. Cukup sekadar sekali sekala. Menu sihat ini sesuai diambil sebagai sarapan pagi.

 

7. Ayam panggang dan tomato

Bahagian ayam yang kurang lemak dipanggang bersama tomato boleh dijadikan sebagai menu sihat anda. Sama seperti kentang, tomato merupakan makanan yang sangat bagus untuk kesihatan jantung. Tomato mengandungi kalium yang tinggi dan rendah kalori. Ia dapat membantu menyingkirkan kolesterol lalu mengurangkan risiko sakit jantung.

 

8. Salmon grilled dan kentang

Salmon mengandungi pelbagai khasiat, termasuk kandungan omega-3 yang tinggi. Ia dapat menurunkan tekanan darah dan mengelakkan pembekuan darah. Dengan mengambil salmon sebagai menu sihat, anda boleh mengurangkan risiko sakit jantung. Ditambah pula dengan kentang yang sememangnya bagus untuk jantung.

 

9. Ikan kod goreng dengan tumis kacang hijau

Ikan kod juga mengandungi omega-3 yang tinggi. Kajian menyatakan bahawa khasiat ikan kod boleh mengawal kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan darah, lalu mengurangkan risiko sakit jantung. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan fungsi jantung anda. Menu sihat ini sesuai dijadikan lauk dan makan bersama nasi.

 

10. Spaghetti aglio olio

Bagi anda yang inginkan kelainan, menu sihat ini sangat sesuai untuk anda. Menu ini bukan sahaja baik untuk jantung, malah baik untuk kesihatan secara amnya. Menu sihat ini mengandungi rendah lemak, rendah kolesterol serta kurang garam. Boleh dijadikan sebagai makan malam.

 

Apa sahaja menu sihat yang anda mahu cuba, sudah pasti ianya menyihatkan dan menyelerakan. Selain menyediakan menu sihat, anda juga boleh mencuba minuman jus herba ini untuk mengurangkan risiko sakit jantung. Ketahui lebih lanjut kebaikan jus herba untuk jantung sihat ini.

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email
×

Cart