kekacang

10 MAKANAN INI MENGURANGKAN KOLESTEROL ‘JAHAT’ DALAM BADAN. AMALKAN SELALU!

APA SEBENARNYA KOLESTEROL?

Ia adalah bahan berlemak yang hadir dalam darah. Antara fungsi kolesterol adalah menghasilkan sel dan menukar serapan cahaya matahari kepada vitamin D. Ia dipanggil kolesterol baik.Namun apabila seseorang itu mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat seperti tinggi pengambilan lemak tidak tepu, kurang bersenam, obesiti, merokok serta minum alkohol menyebabkan kolesterol ‘jahat’ berkumpul dengan banyak dalam dinding arteri. Apabila kolesterol tinggi, maka mudahlah terdedah kepada sakit jantung dan pelbagai penyakit lain.

10 MAKANAN MENGURANGKAN KOLESTEROL ‘JAHAT’

Jika ingin mengurangkan paras kolesterol dalam badan, disarankan untuk makan:

Description: manfaat rempah ratus

1. BIJI KETUMBAR

Bukan sahaja membantu mengurangkan jumlah kolesterol dalam badan malah dapat merawat penyakit kencing manis.

Amalkan: Masukkan dua sudu biji ketumbar dalam satu cawan air dan rebus. Tapis airnya dan minum dua kali sehari. Untuk lebih enak, tambah gula atau susu.

Description: bawang merah mengurangkan kolesterol

2. BAWANG MERAH

Saintis di Hong Kong mendapati bawang merah boleh membuang kolesterol yang jahat dan meningkatkan kolesterol yang baik

Amalkan: Masukkan bawang merah, halia dan bawang putih dalam menu diet. Minum campuran jus bawang bersama madu setiap hari.

Description: amla mengurangkan kolesterol

3. INDIAN GOOSEBERRY , AMLA ATAU BUAH POKOK MELAKA

Agen hypolopidemic semula jadi yang menurunkan kolesterol jahat

Amalkan: Ia boleh didapati dalam bentuk serbuk. Masukkan satu sudu serbuk dalam segelas air suam dan minum setiap pagi sewaktu perut kosong

4. CUKA EPAL

Mengurangkan jumlah kolesterol level triglyceride, iaitu kandungan lemak dalam darah. Ia juga baik untuk merawat penyakit darah tinggi, gout dan acid reflux

Amalkan: Campurkan satu sudu cuka dalam segelas air. Minum dua hingga tiga kali sehari setiap hari. Untuk lebih enak, boleh gantikan air suam dengan jus oren, jus epal atau jus kegemaran.

Description: Minum jus buah-buahan juga salah cara nyah-toksin

5. JUS OREN

Minum jus oren selalu kerana ia mengandungi vitamin C, folate dan flavanoids yang membantu mengurangkan kolesterol dalam darah

Amalkan: Minum jus oren segar dua kali sehari

6. MINYAK KELAPA ORGANIK

Mengandungi asid lauric yang dapat meningkatkan kolesterol ‘baik’

Amalkan: Makan satu hingga dua sudu setiap hari.

Description: Ada yang tekak tidak boleh masuk oat?

7. OAT

Mengurangkan kolesterol dan mencegah penyerapan kolesterol ‘jahat’

Amalkan: satu cawan oat bersamaan tiga gram serat dan beta-glucan. Boleh tambah buah atau walnut untuk menyedapkan hidangan oat

8. MINYAK IKAN

Mengurangkan lemak dalam darah dan mengatasi masalah jantung

Amalkan: minyak ikan atau ikan mentah seperti tuna, salmon, sardin, trout dan bluefish kaya dengan lemak omega Makan satu hingga empat gram lemak omega 3 setiap hari.

9. ‘RED YEAST RICE’

Mengandungi kompaun monacolins yang mengurangkan kolesterol

Amalkan: Boleh dibeli di farmasi dalam bentuk tablet, ia boleh dimakan dua kali sehari. Dapatkan dahulu nasihat daripada doktor sebelum mengambilnya. Tidak digalakkan untuk wanita hamil dan menyusu.

10. KEKACANG

Walnut, almond dan segala jenis kacang mengawal kolesterol daripada berkumpul dalam badan memandangkan ia kaya dengan seratAmalkan: Makan seperti snek dalam kadar segenggam setengah

Klik disini sekarang

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email
×

Cart