avocado-buah-kolesterol

7 BUAH PENURUN KOLESTEROL TINGGI SECARA CEPAT

Terdapat banyak cara yang dilakukan oleh penderita kolesterol tinggi dalam menurunkan kolesterol, diantaranya dengan mengatur gaya makan sihat, salah satu caranya dengan memakan buah penurun kolesterol.

Ada banyak cara yang dilakukan oleh penderita kolesterol tinggi dalam menurunkan kolesterol, diantaranya dengan mengatur gaya makan sihat, salah satu caranya dengan memakan buah penurun kolesterol.

Avocado

Selama ini ada anggapan bahawa avocado adalah buah yang mengandungi banyak lemak dan tidak baik untuk kesihatan. Avocado memang mengandungi banyak lemak, iaitu sekitar 16 %. Tetapi lemak pada alvocado adalah lemak yang menyihatkan, kerana 63% penyusunnya adalah asid lemak tidak tepu, terutama asam lemak tepu tunggal.

Memakan avocado justeru akan membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL) yang sangat buruk bagi kesihatan. Ini menunjukkan avocado merupakan buah penurun kolesterol paling utama.

Lemak tak tepu pada avocado berfungsi sebagai antioksidan yang berkhasiat menjaga pebuluh darah kita dari kerosakan arteri akibat pengumpulan kolesterol LDL (low density lipoprotein).

Selain sebagai buah penurun kolesterol, avocado juga sangat baik bagi penderita diabetes kerana mengandungi banyak omega-9 dan serat. Omega-9 dan serat ini berkhasiat menjaga kadar gula darah dalam tubuh kita.

Tomato

Selain avocado, tomato juga termasuk buah penurun kolesterol yang paling berkesan. Bahkan, tomato yang sudah dimasak memiliki khasiat yang hampir sama dengan ubat kimia penurun kolesterol seperti statin (ubat gangguan jantung).

Bezanya, tomato tidak memberi kesan sampingan yang buruk seperti sakit otot, lemas dan bahkan kerosakan saraf

Rahsia khasiat tomato ini ada pada senyawa likopen yang memberi warna merah pada tomato matang. Likopen merupakan antioksidan penting yang berkhasiat mengurangi risiko stroke dan serangan jantung. Selain likopen, tomato juga mengandungi kalium dan vitamin B yang mampu menurunkan kolesterol dan tekanan darah tinggi.

Untuk mendapatkan kandungan likopen terbaik, tomato sebaiknya dimasak terlebih dahulu kerana likopen akan menjadi lebih mudah diserap oleh tubuh. 50 gram pes atau setengah liter sari buah tomato akan memberikan perlindungan dari sakit jantung.

Limau nipis

Buah satu ini memang jarang dimakan secara langsung. Limau nipis lebih banyak digunakan sebagai penyedap minuman atau dicampur dalam masakan.

Limau nipis mengandungi senyawa flavonoid yang berkhasiat menghambat produksi kolesterol LDL, sehingga automatik akan mengurangi risiko serangan jantung. Selain pada limau nipis, flavonoid juga banyak ditemui pada teh, tomato, brokoli, soya, delima, serta bawang merah dan bombay.

Untuk menikmati limau nipis, cukup dengan menghiris-hiris tipis dan masukan ke dalam gelas. Tuang air panas dan tunggu 30 minit, lalu diminum sampai habis. Sebaiknya diminum dua kali sehari, pagi dan malam. Jangan risau dengan perut Anda, kerana jeruk nipis tidak akan membuat usus jadi pedih.

Tembikai

Siapa yang tak kenal buah segar yang satu ini, selain dapat menghilangkan dahaga dengan cepat, ternyata tembikai juga termasuk dalam senarai buah penurun kolesterol. Hal ini diketahui kerana dalam buah tembikai terkandung likopen seperti halnya pada tomato yang dapat menurunkan kadar kolesterol jahat dalam darah.

Epal

Buah yang satu ini memang terkenal menyihatkan, dan sekarang kita tahu bahawa epal merupakan salah satu buah penurun kolesterol kerana kandungan zat beta-glucan yang berperanan dalam mengawal produksi kolesterol.

Epal juga sebagai sumber serat larut yang dapat menurunkan kolesterol dan mencegah arteri mengeras serta melindungi tubuh terhadap serangan jantung dan stroke. Kita boleh menikmati buah ini sambil mendapatkan manfaatnya dengan cara dimakan langsung atau berupa jus.

Epal juga bisa dibuat cuka. Mengonsumsi cuka apel secara rutin dapat menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). Di samping itu, buah apel merupakan buah ampuh untuk penderita diabetes dan cuka apel diketahui dapat meningkatkan sensitivitas insulin penderita diabetes tipe-2.

Buah Pir

Buah ini merupakan sumber serat larut air yang sangat baik (serat larut dan membentuk substansi) – seperti gel termasuk pektin. Dan meskipun epal biasanya memilik kandungan pektin yang tinggi, pir sebenarnya memiliki pektin lebih tinggi. Kerana itu, pir menjadi salah satu buah penurun kolesterol. Pektin dalam pir juga membantu pemebersihan usus dan melancarkan buang air besar.

Pisang

Pisang merupakan sumber yang baik dari serat makanan, yang dapat membantu mengurangi low-density lipoprotein – LDL atau kolesterol “jahat”. Selain itu, kalium dalam pisang juga dapat membantu menurunkan tekanan darah, dan pada gilirannya, dapat menurunkan kolesterol jahat dan menyihatkan jantung.

Kesimpulan

Kesimpulannya, mencari penawar kepada masalah kolesterol ini bukanlah mudah tetapi ianya juga tidak susah. Jadi bagi memudahkan pengguna mencari penawar kolesterol dalam bentuk herba dan bukan ubat, Clear Herbs telahpon menghasilkan PENYELESAIAN TERBAIK untuk masalah kolesterol tinggi ini.

PENYELESAIAN TERBAIK MASALAH KOLESTEROL

Kombinasi perubatan traditional Melayu dan Ayurveda menghasilkan PATI HERBAMADU yang membantu melancarkan saluran darah yang tersumbat agar aliran pengedaran darah kembali normal

TESTIMONI PENGGUNA

Nak turunkan paras kolesterol dalam 20 hari?

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email
×

Cart