1

BOSAN DIEJEK BERBADAN BESAR? AYUH IKUTI TIPS KURUS INI!

Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Terlalu ikutkan nafsu makan, memang sengaja menempah penyakitlah namanya. Akibat kurang kesedaran dalam pengambilan makanan seharian, masyarakat kita pada hari ini mudah diserang penyakit, terutamanya golongan muda.

Apabila berat badan naik, bahagian badan mula melebar dan mengembang, bahkan terpaksa pula membazir duit membeli pakaian baru. Lebih teruk, terpaksa tahan telinga mendengar sindiran tajam rakan-rakan.

Sebenarnya untuk kurus tidaklah sesukar yang disangka. Tanpa mengira jantina atau umur anda mampu untuk kurus dan menjalani kehidupan yang lebih sihat – dengan syarat disiplin dalam setiap kali pengambilan makanan dan senaman fizikal yang kerap.

 

Jom kami kongsikan 10 tips kurus!

  1. Belajar Ilmu Kalori

Waktu tidur merupakan waktu dimana kalori terbakar. Untuk kurus, anda hanya perlu mengambil kalori yang diperlukan badan sahaja setiap hari. Sebagai contoh, jika badan anda hanya perlukan 1200 kcal sehari, jangan pula anda makan lebih dari 2500 kcal. Begitu juga sebaliknya, jika anda makan kurang dari jumlah kcal yang diperlukan, anda akan sentiasa lapar dan tidak bertenaga. Disiplinkan diri untuk mengambil makanan dalam purata 1000 hingga 1300 kcal. Boleh Google berkaitan jumlah kalori yang badan anda perlukan kerana lain orang lain keperluannya.

 

  1. Detox

Tips kurus seterusnya adalah menyahkan sisa yang tidak diperlukan oleh badan, iaitu detox yang bermaksud mencuci usus. Jika selama ini kita turut sahaja nafsu makan tanpa menghiraukan jumlah lemak, sudah pasti segala lemak sudah bermaharajalela di dalam badan.

Detox sering menjadi pilihan artis tempatan dan antarabangsa sebagai cara mencuci lemak yang melekat di usus dan organ lain. Apabila usus sudah bersih maka mudahlah nutrisi dalam makanan diserap dan membantu anda untuk kurus.

  1. Kurangkan Kuantiti dalam Hidangan

Mahu kembali memakai saiz S? Tips kurus yang ketiga adalah mengurangkan kuantiti dalam pemakanan. Contohnya untuk makan tengah hari, anda hanya hadkan nasi dalam satu genggam, satu tapak tangan makanan berasaskan protein dan dua genggam sayuran.

Perbanyakkan lauk yang dimasak secara kukus, bakar, grill dan sup serta elakkan makanan yang berminyak.

  1. Banyak Minum Air Suam

Paling penting untuk kurus adalah wajib minum air suam sebanyak 2 hingga 3 liter sehari untuk mengelakkan badan merasa lapar dan kurang air. Ada orang boleh kurus dalam masa sebulan dengan mengamalkan pengambilan air suam yang banyak.

Tak rugi pun minum air suam kerana banyak khasiatnya. Ia dapat melancarkan sistem pencernaan, meningkatkan kesburuan dan merencatkan proses pertumbuhan zat yang boleh menyebabkan kanser.

  1. Katakan tidak kepada ais dan gula!

Nampak sukar, namun itulah pengorbanan untuk nampak cantik dan kurus. Ramai orang yang berjaya kurus memberi tips kurus dengan menolak ais dan gula proses dalam minuman dan makanan. Sebaliknya, kena set betul-betul dalam otak bahawa air suam JAUH LEBIH SEDAP dari air manis.

  1. Lupakan Sementara ‘Fast Food’

Dalam kehidupan hari ini yang serba serbi mahu cepat, sudah semestinya makanan segera seperti KFC, McDonalds dan Pizza akan menjadi pilihan. Untuk mendapatkan hasil yang menarik dalam tempoh sebulan dua proses kurus, pantanglah terlebih dahulu segala jenis ‘fast food’ ini ya.

  1. Teh Hijau dan Kopi Kosong

Ramai berkongsikan tips kurus dengan meminum teh hijau bagi membantu pembakaran lemak di dalam badan. Lemak akan dihancurkan oleh sel lemak kemudian akan dihantar ke saluran darah untuk menjadi tenaga. Teh hijau akan merangsang hormon ‘norepinephrine’ supaya lemak dibakar dengan efektif dan membantu menghilangkan lemak terutama di bahagian perut.

Amalkan minum teh hijau setiap hari, atau jika kurang gemar dengan rasanya bolehlah perah sedikit lemon untuk mengurangkan rasa pahit.

Manakala kopi kosong tanpa gula meningkatkan kadar metabolisme badan antara 3 hingga 11%. Ia dapat meransang sistem saraf dan digalakkan untuk minum sebelum mula bersenam.

  

  1. Senaman Kardio

Menahan lapar tanpa bersenam adalah satu perbuatan sia-sia. Seimbangkan diet anda dengan melakukan senaman aerobik dengan cara yang betul untuk membakar lemak terutama di bahagian perut.

Sekurang-kurangnya bersenamlah selama 30 minit setiap hari secara konsisten. Lakukan senaman kardio seperti berlari, berjalan, berenang atau berzumba.

 

  1. Makan Banyak Sayur dan Buah

Tips kurus seterusnya adalah menjadikan sayur dan buah sebagai makanan utama sepanjang diet. Ia rendah kalori, tinggi serat, tinggi kandungan air dan mengenyangkan. Apabila anda rasa kenyang, secara tidak langsung anda tak perlu runsing dengan pengambilan kalori.

  1. Tidur Dengan Cukup

Sebenarnya waktu tidur yang mencukupi lebih kurang 8 jam juga membantu seseorang mendapatkan berat badan ideal. Kajian menunjukkan seseorang yang tidak cukup tidur menyebabkan obesiti kerana selera makan yang lebih tinggi dan cenderung untuk makan lebih kalori.

Apa tunggu lagi? Cuba amalkan 10 tips kurus ini mulai sekarang. Ingat, 99% orang yang gagal adalah mereka yang suka beri alasan dan bertangguh.

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email
×

Cart