1

Ketahui Cara Pencegahan Sakit Jantung Di Sini!

Serangan sakit jantung merupakan antara pembunuh utama masyarakat Malaysia pada masa kini. Selain dari otak, jantung juga merupakan organ utama dalam badan manusia bagi menjamin kelangsungan hidup. Fungsi utama jantung adalah mengepam darah ke seluruh tubuh dan juga ke otak. Jika berlaku gangguan pada sistem ini, maka berlakulah serangan sakit jantung. Sakit jantung berpunca dari beberapa faktor seperti pembuluh darah tersumbat, tekanan darah tinggi dan diabetes. Sakit jantung boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira jantina dan umur. Namun begitu, usah risau. Terdapat beberapa cara pencegahan sakit jantung yang boleh anda amalkan. Seperti kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh diamalkan bagi mengelakkan sakit jantung.

 

Jalani pemeriksaan kesihatan

Pemeriksaan kesihatan merupakan langkah pertama untuk mencegah sakit jantung. Ia penting bagi mengenalpasti tahap kesihatan anda dan memastikan anda bebas dari sebarang penyakit kronik. Pemeriksaan kesihatan juga merupakan saringan awal bagi mengesan simptom atau tanda-tanda sakit jantung. Ia sangat membantu dalam usaha pencegahan serta bagi mendapatkan rawatan di peringkat awal. Tambahan lagi, ia juga bagi memeriksa kadar kecergasan anda melalui tekanan darah, paras gula serta paras kolesterol dalam badan. Terdapat beberapa jenis pemeriksaan kesihatan yang boleh dilakukan bagi penyakit jantung. Anda boleh rujuk kepada doktor dan pakar perubatan.

 

Amalkan diet yang sihat dan seimbang

Rahsia utama untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat adalah melalui diet pemakanan. Bagi memastikan berat badan yang ideal serta tahap kesihatan yang baik, anda perlu mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Bagi mengelakkan sakit jantung, kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak seperti mentega, keju dan minyak. Selain itu, kurangkan makanan yang berkolesterol tinggi dalam diet anda seperti telur, hati ayam dan mentega. Anda digalakkan untuk memperbanyakkan lagi pengambilan sayur-sayuran serta buah-buahan dalam diet seharian anda. Makanan yang tinggi kandungan garam juga perlu dikurangkan. Ia boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi, lalu berisiko untuk mendapat sakit jantung. Pendek kata, diet anda harus sejajar dengan piramid makanan yang telah disarankan.

 

Kawal berat badan

Anda perlu mengawal berat badan yang ideal. Ini kerana berat berlebihan atau obesiti boleh menambah risiko untuk mendapat sakit jantung serta penyakit kronik yang lain. Tambahan lagi, paras lemak dan kalori yang tinggi boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit lalu boleh mengakibatkan sakit jantung. Seperti yang diketahui umum, salah satu punca terjadinya serangan sakit jantung adalah saluran darah yang tersumbat. Dengan menjaga berat badan supaya ideal, anda bukan sahaja boleh mengelakkan sakit jantung malah penyakit kronik lain juga seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.

 

Bersenam

Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Dengan bersenam, jantung dapat mengepam darah dengan baik dan mengalirkan oksigen ke seluruh tubuh badan dengan lancar. Kadar degupan jantung juga dapat dikawal melalui bersenam. Pilihlah aktiviti bersenam yang anda sukai seperti berjogging, berbasikal atau berenang. Dengan melakukan senaman secara konsisten, anda dapat mengurangkan risiko sakit jantung.

 

Berhenti merokok

Seperti yang diketahui umum, rokok seringkali dikaitkan dengan risiko penyakit kronik. Dengan kandungan bahan yang berbahaya, ia boleh mendatangkan kesan buruk pada kesihatan anda terutamanya pada paru-paru dan jantung. Nirkotin yang terdapat dalam rokok adalah sangat berbahaya pada jantung dan boleh menyebabkan darah sukar dipam ke seluruh badan. Selain itu, asap rokok juga akan menyebabkan proses pembekuan berlaku dengan pantas lalu mengakibatkan bekalan oksigen ke jantung berkurangan. Demi kesihatan jantung, anda sangat disarankan untuk berhenti merokok.

 

Tangani stress dengan baik

Pada masa kini, hidup tanpa stress adalah suatu perkara yang mustahil. Namun begitu, anda boleh tangani stress dengan baik bagi mencegah sakit jantung. Stress boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi lalu berisiko untuk mendapat sakit jantung. Bagi menangani stress dalam kehidupan, buat lah sesuatu yang anda sukai seperti bercuti atau shopping. Cukup sekadar membuat anda rasa bahagia dan lupakan stress anda seketika.

 

Tiada siapa yang mahu menanggung sakit jantung. Oleh sebab itu, langkah pencegahan perlu diambil dari awal untuk mengelakkannya daripada terjadi. Salah satu cara pencegahan sakit jantung adalah dengan mengamalkan herba tradisional untuk kesihatan jantung. Ketahui lebih lanjut tentang kelebihan dan manfaat minuman jus herba untuk jantung ini.

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email
×

Cart