CH - Blog Cover Design - Kandungan

Ketahui kadungan kolesterol dalam makanan harian anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar hari ni? Saya harap awak sihat-sihat selalu di samping keluarga dan insan tersayang.

Harini saya nak kongsi satu topik yang sangat menarik dan sangat ramai nak tahu.

Agak-agak dalam menu harian kita, berapa kadar lemak (kolesterol) yang akan masuk ke dalam badan kita? Haaa jom kita kenali beberapa jenis makanan dan paras lemak yang terkandung di dalamnya.

 

Tapi sebelum tu saya nak berkongsi satu Ebook percuma “3 RAHSIA KURANGKAN KOLESTEROL DENGAN CEPAT”.

Just klik pada gambar di bawah untuk dapatkan rahsia tersebut secara PERCUMA!! Klik tau, in sya Allah akan sangat bermanfaat untuk anda, keluarga mahupun kenalan.

 

 

Berbalik pada isu kolesterol dalam makanan tadi, makanan yang mengandungi kolesterol tinggi sebaiknya dihindari atau dikurangkan, bahkan untuk anda yang menghidap penyakit tertentu wajib dihindari.

Kolesterol tinggi berpunca daripada makanan yang mengandungi lemak tepu, berminyak dan juga memiliki kandungan kolesterol yang tinggi.

Orang yang memiliki kolesterol tinggi sebaiknya menjauhi pelbagai makanan dengan kadar LDL tinggi. Jika tidak, LDL di dalam tubuh akan meningkat dan mengatasi kadar HDL.

 

Tips Bebas Memakan Makanan Berkolesterol

Anda boleh memakan makanan yang mengandungi kolesterol tinggi tanpa sebarang kerisauan jika anda seorang yang :

  • Rajin bersukan
  • Meminum air putih minimum 8 gelas
  • Tidur yang cukup
  • Berat badan ideal
  • Tidak memiliki risiko penyakit yang berkaitan dengan kolesterol.

Sebaliknya, sangat berbahaya untuk anda mengambil makanan berkolesterol tinggi jika anda :

  • Mengidap tekanan darah tinggi
  • obesiti
  • Jantung yang lemah
  • Stroke

Oleh itu anda perlulah bijak dalam pengambilan makanan yang berkolesterol.

 

Di sini saya kongsikan senarai beberapa jenis makanan dengan kandungan kolesterol masing-masing..

Ingat : Keperluan Kolesterol orang dewasa adalah lebih kurang 300 mg / hari sahaja!

 

Makanan Kategori Kolesterol Tinggi

Makanan BerkolesterolKolesterol per 100 grams (Mg)
Otak Lembu3100
Kuning Telur (sekitar 6 biji)1085
Telur Ikan588
Minyak Ikan521
Daging Kijang479
Telur Ayam372
Ginjal Biri-biri337
Mentega Cair256
Mentega250
Tiram206
Lobster200
Ketam127
Udang125
Keju Kuning108

 

Makanan Kategori Kolesterol Sederhana

Makanan BerkolesterolKolesterol per 100 gr (mg)
Susu Lemak Manis76
Daging Lembu72
Ikan70
Daging Ayam64
Puding51
Aiskrim47
Susu Sejat29

 

Makanan “Berkolesterol 0”

Jenis MakananKolesterol / 100 gram
Putih Telur Ayam0
Gamat0
Susu Lembu tidak berkrim0
Susu Lembu Tanpa Lemak0

 

Protein yang ada di dalam jadual di atas baik untuk diambil kerana per 10 gram daripada protein tersebut tidak mengandungi kolesterol lansung. Jika diambil dalam jangka masa panjang tidak akan memudaratkan.

 

Makanan yang sihat jika diambil per 100 gram sahaja.

Namun jika diambil berkali-kali anda harus cermat dengan kandungan kolesterol di dalamnya.

Jenis MakananKadar Kolesterol / 100 gram (mg)
Daging Ayam Tanpa Kulit50
Daging Itik Tanpa Kulit50
Ikan Air Tawar55
Daging Lembu Tanpa Lemak60
Daging Arnab65
Daging Kambing Tanpa Lemak70
Ikan Laut85

 

Susu Dan Kopi Yang Menyebabkan Kolesterol Tinggi

Susu memang bagus untuk kesihatan.

Namun jenis susu dan kopi tertentu boleh membuat kadar kolesterol tinggi dan juga mengakibatkan kegemukkan.

Jenis MinumanKadar Kolesterol
Susu Lembu250
Susu Lembu Full Cream280
Kopi Full Cream380
Kopi Susu230
Creamer Kopi230

 

Minuman di atas merupakan minuman dengan kadar kolesterol tinggi.

Untuk menjaga kadar kolesterol baik dan normal sebaiknya mengurangkan pengambilan minuman dan makanan dengan kolesterol tinggi.

Ok sampai di sini sahaja perkongsian kali ni. Sebelum berpisah saya nak ingatkan sekali lagi tentang Ebook percuma “3 RAHSIA KURANGKAN KOLESTEROL DENGAN CEPAT”. Just klik pada gambar di bawah untuk dapatkan rahsia yang sangat berguna ni.

 

 

Sampai berjumpa lagi dalam perkongsian yang akan datang!

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email
×

Cart