tanda_tanda_gastrik

Gastric Pain – Punca dan Cara Mengatasi Penyakit Ini.

Tiba bulan Ramadhan, alasan paling biasa yang akan kedengaran jika seseorang tak boleh berpuasa adalah kerana ‘gastric pain’. Tapi, ada juga yang sengaja guna alasan ini kerana malas berpuasa. Alahai…

 

‘Gastric pain’ merupakan gangguan di dalam perut atau keradangan pada bahagian dinding atau pengalas atau mukosa perut. Ia terjadi kerana jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang juga antara penyebab utama kepada ulser perut.

 

Jangan tak tahu, ulser yang serius dan dibiarkan akan menjadi kanser. Bahaya kan?

 

Asid hidroklorik yang dihasilkan sel perut berperanan mencerna makanan. Sel perut juga menghasilkan lapisan mukosa bertindak sebagai pelindung kepada asid hidroklorik kerana tahap asid yang kuat di dalam perut.

 

Apakah punca ‘gastric pain’?

  1. Waktu makan yang tidak teratur
  2. Mengambil banyak makanan yang pedas, berlemak, kafein dan berkarbonat
  3. Makan secara berlebihan pada satu masa
  4. Perokok dan perokok pasif
  5. Kerap ambil painkiller seperti aspirin
  6. Meminum alkohol berlebihan
  7. Pengambilan kokain
  8. Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  9. Rembesan asid gastrik secara berlebihan
  10. Jangkitan parasit atau kuman terutama mereka yang mempunyai daya tahan badan yang lemah

 

Keliru antara sakit perut biasa atau ‘gastric pain’?

 

Apakah simptom utama ‘gastric pain?

 

  1. Perut kembung

Ia terjadi kerana perut mengeluarkan asid untuk tujuan penghadaman dengan kadar yang banyak akibat dari kerosakan saraf di dinding perut di bahagian dalam.

Asid yang berlebihan ini akan melalui usus dan bertindak balas dengan membentuk gas atau angin dan akhirnya usu menjadi tegang dan kembung.

 

  1. Pedih ulu hati

Ketidakselesaan ini terjadi apabila kandungan asid di dalam perut bertindak masuk semula ke dalam saluran makanan (esofagus) beserta makanan yang dihadam.

Pesakit akan merasakan seolah-olah bahagian dada dan tekaknya panas dan terbakar.

 

  1. Senak perut

Pesakit akan merasa sakit perut di bahagian atas perut (antara pusat dan tulang bawah dada) sama ada di bahagian kiri atau tengah dan ada kalanya boleh merenak di ke bahagian belakang.

 

  1. Muntah dengan kerap

Ia merupakan antara simptom biasa terjadi kepada mereka yang mengalami ‘gastric pain’. Tahap gastrik diukur dengan warna isi muntah (antara jernih, kekuningan atau kehijauan) dan jalur darah (sedikit atau banyak). Muntah bewarna hijau dan mengandungi darah menunjukkan sakit yang kronik.

 

  1. Badan penat dan lemah

Sakit gastrik akan menyebabkan seseorang sentiasa merasa penat dan lemah kerana cubaan untuk menahan sakit.

 

  1. Najis bewarna hitam

Periksa warna najis anda jika kerap mengalami sakit gastrik. Najis bewarna hitam seperti tar petanda gastrik anda semakin kronik.

 

  1. Tanda-tanda lain seperti sendawa berulang kali, hilang selera makan dan penurunan berat badan secara mendadak.

 

 

Bagaimana merawat ‘gastrik pain’?

  1. Jangan ‘skip’ waktu makan. Ambil makanan ketika pagi, tengah hari dan malam.
  2. Elak minuman berkarbonat dan alkohol.
  3. Elak makanan masam, pedas, ‘junk food’, jeruk kering dan basah.
  4. Minum susu kerana ia bersifat alkali dan bertindak mengurangkan keasidan perut.
  5. Perawatan klinikal seperti:
  • Antasid – Diambil 3 kali sehari, ia berfungsi untuk memperbaiki dan membantu mukosa dengan memberi lapisan tambahan.
  • Antagonis H2 – Untuk mengurangkan rembesan asid.
  • Perencat pam proton (PPI) – Sama seperti Antagonis H2, namun ia lebih efektif dan sesuai diberikan kepada pesakit gastrik yang teruk atau mereka yang mengalami ulser perut.
  1. Perawatan tradisional seperti:
  • Minum teh pekat sekali sehari sebelum tidur.
  • Campurkan kurma bersama susu kambing atau susu lembu segar. Minum dua kali sehari.
  • Minum air kunyit bersama madu. Boleh juga dicampurkan dengan kuning telur.
  • Minum segelas air panas dengan tiga titik getah betik muda. Minum selepas ia menjadi suam selepas bersarapan.

 

 

 

 

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email
×

Cart