1

Kenali jenis-jenis kurma ini yang anda tidak ketahui kewujudannya.

Bila memasuki bulan Ramadhan, buah kurma hampir selalu ada di menu berbuka. Memang sejak zaman dulu kurma sering dijadikan makanan khas di bulan puasa, Bahkan masyarakat di Timur Tengah sudah menjadikan kurma sebagai makanan utama sejak ribuan tahun lalu. Semua itu berkat khasiat kurma yang disebut-sebut dapat mengurangi dehidrasi.

Kurma adalah sejenis tumbuhan sawit atau dalam bahasa latinnya lebih dikenal dengan phoenix dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan, baik dalam keadaan masak maupun masih mentah.

Menurut pasar dunia, buah kurma yang matang terbahagi kepada empat kategori iatu imri (muda), khalal (berukuran penuh), rutab (matang, lembut), dan tamr (matang dikeringkan dengan bantuan matahari).

 

Jom kita kenali lebih buah kurma ini!

1. Kurma Ajwa

Kurma ajwa adalah jenis kurma kesukaan Nabi berasal dari Madinah dan juga yang paling diminati oleh umat muslim di dunia. Ciri-ciri kurma ajwa yang asli adalah:

  • Warnanya hitam pekat
  • Ada beberapa garis kecil
  • Rasanya sedang, tidak terlalu manis
  • Bertekstur lembut

 

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda terkait kurma ajwa ini:

“Barangsiapa mengambil tujuh butir kurma Ajwa pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun maupun sihir” HR. Bukhari.

 

2. Kurma Deglet Noor (kurma bertangkai)

kurma bertangkai

Kurma Deglet Nour berwarna kemerahan hingga kekuningan, rasanya halus meski tidak semanis dan selembab kurma Medjool. Deglet Nour adalah kurma yang paling banyak ditanam di Afrika Utara. Disebut Deglet Nour (kurma cahaya) karena tembus cahaya. Biji dalam isi buah boleh dilihat saat kurma ini didekatkan ke cahaya. Ia juga dikenali sebagai kurma bertangkai di Malaysia.

 

3. Kurma Medjool (Majdoul)

medjool

Kurma Medjool tumbuh di iklim yang panas kering seperti di Timur Tengah dan Afrika,. Isi buahnya gemuk, lembab, dan manis. Kadang disebut sebagai Cadillac-nya kurma. Mengandung serat dan mineral penting seperti potassium, magnesium, tembaga, dan mangan.

  • Berwarna coklat gelap
  • Rasa sederhana manis dan berlemak
  • Isi buahnya gemuk dan bertekstur lembut
  • Sedap di buat susu kurma

4. Kurma Amer Hajj

kurma Amer Hajj

Kurma jenis ini biasanya tumbuh di Irak. Kurma ini biasa disebut dengan Amir Haji. Jenis kurma ini memiliki isi yang sangat lembut dan juga tebal. Dalam beberapa tradisi kurma jenis ini sering dikenal dengan “welcome kurma”, atau kurma yang dihidangkan untuk menyambut tamu.

 

5. Kurma Mozafati

 kurma mozafati

Kurma jenis ini memiliki masa simpan yang lama, bahkan hingga 2 tahun jika disimpan di suhu -5 derajat. Kurma Mozafati merupakan jenis kurma yang berwarna gelap, bertekstur lembut, dan berukuran sedang. Sesuai namanya kurma ini banyak dikembangkan di daerah Mozafati.

6. Kurma Halawi

Kurma Halawi

Disebut juga sebagai kurma Holwah yang bererti manis dalam bahasa Arab. Kurma Halawi memiliki rasa yang sangat manis jika dibanding dengan jenis kurma lainnya. Jika memakan buah kurma dan rasanya sangat manis, kemungkinan besar kurma itu berjenis ini.

7. Kurma Umelkhashab

 Kurma Umelkhashab

Memiliki kombinasi rasa manis dan sedikit pahit. Kurma jenis ini berasal dari Saudi Arabia. Selain rasa yang unik, Umelkhashab berwarna sedikit kemerahan. 

 

8. Kurma Thoory

  Kurma Thoory

Biasa juga disebut sebagai kurma Thuri. Ini kerana sifatnya yang dapat bertahan lama. Kurma yang popular di Algeria ini berwarna sedikit cokelat kemerahan, dan kulit yang kering. Ciri utamanya adalah buahnya yang sangat kering, kulit pada kurma ini keras dan susah dimakan. Namun, rasanya manis dan hampir mirip dengan kacang.

 

9. Kurma Zaghloul

 Kurma Zaghloul

Memiliki bentuk yang panjang dan agak lonjong. Warnanya merah gelap dan sangat manis. Istimewanya, rasa manis dari kurma ini masih melekat di lidah. Kurma ini termasuk jenis kurma yang eksklusif dan harganya mahal di Mesir. Bahkan, hanya orang-orang tertentu saja yang memakannya.

 

10. Kurma Sekkeri

 Kurma Sekkeri

Kurma jenis ini berwarna cokelat gelap, dengan isi buah yang sangat lembut dan rasa manis yang khas. isi kurma yang satu ini memilki rasa sangat istimewa tak heran bila harganya lebih mahal dibandingkan jenis kurma yang lainnya.

 

11. Kurma Saidy

 Kurma Saidy

Kurma jenis ini memiliki tekstur dan bentuk yang hampir sama dengan kurma sekkeri. Dengan isi buah yang sangat lembut dan rasanya yang manis menjadikan kurma Saidy merupakan kurma yang populer di negara Libya.

 

12. Kurma Safawi

 Kurma Safawi

Kurma Safawi terkenal di Madinah dan Mekah Berwarna coklat gelap, rasanya lazat manis mirip dengan rasa kurma Ajwa, isi buahnya lembab dan bertekstur lembut. Karakteristik pohon kurma Safawi adalah produktif, itulah yang membuat kurma Safawi lebih banyak tersedia dan mudah didapat dibanding kurma lain.

 

13. Kurma Mariami

 Kurma Mariami

Kurma Mariami berwarna kecoklatan hingga kehitaman, rasanya halus dan lembut. Kurma ini dari Iran dan popular sebab rasanya yang manis, lembut dan harganya murah. Terdapat banyak jenis gred seperti A, AA, AAA (VVIP) iaitu saiz dan rasanya. 

 

14. Kurma Muda (Ruthob)

Kurma Muda (Ruthob)

Rutob adalah kurma segar baru masak. Memang susah nak dapat di Malaysia sebab tidak boleh tahan lama. Ia akan bertukar warna ke kecoklatan dan kehitaman seperti kurma kering lain. Ia akan bertahan dalam peti ais selama 2 minggu sahaja.Proses penghantaran melalui kapal terbang sahaja dari Negara timur Tengah seperti Jordan, Arab Saudi, UAE. Ada 2 jenis rutob iaitu kuning dan merah.

 

15. Kurma Mabroom 

Kurma Mabroom

Memiliki buah yang ramping, panjang, dan padat. Rasanya tidak terlalu manis. Kurma Mabroom kaya akan serat, vitamin, dan mineral. Termasuk kurma kelas premium dan mahal harganya.

Khasiat buah Kurma memang tidak boleh dipertikaikan, ia makanan yang disebut di dalam Al Quran dan kebanyakkan hadith. Ia makanan yang boleh memberikan tenaga dan kekuatan dan membantu tubuh untuk imun kepada beberapa penyakit.

Kehebatan dan khaifiat yang ada pada buah Kurma ini sangat hebat sehingga Nabi Muhammad S.A.W berpesan supaya setiap rumah orang Islam mesti ada buah kurma.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwa, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (H.R Shahih Al-Bukhari)

Khasiat kurma yang mujarab sentiasa dijadikan bahan di dalam penghasilan makanan tambahan. Malah, masalah yang berkaitan dengan kesihatan dapat diatasi dengan pengambilan tablet kunyah herba yang juga mengandungi kurma di dalamnya.

Anda boleh dapatkan produk kesihatan untuk tekanan darah tinggi secara online hari ini!

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email
×

Cart