Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Saya harap awak sihat dan ceria selalu di samping keluarga. Kalau makan di luar bersama family tu jangan lupa beringat. Bukan apa, biasalah rakyat Malaysia ni kalau makan di luar wajib order satay, pasembuq, roti nan cheese extra cheese, teh tarik, abc dan macam-macam lagi makanan yang pada saya tidak bagus untuk kesihatan kita.
Sedar tak betapa banyaknya kandungan lemak dalam makanan yang kita pesan? Lemak boleh menyumbang pada pembentukan kolesterol dalam badan. Kolesterol level yang tinggi akan berakhir dengan penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, stroke, darah tinggi dan lain-lain.
Hari ni saya nak share tentang kolesterol, sangat penting untuk anda tau!!!
Tapi sebelum tu saya nak berkongsi Ebook percuma tentang “3 RAHSIA KURANGKAN KOLESTEROL DALAM BADAN DENGAN CEPAT”.
Memang wajib anda tahu sebab 7/10 daripada rakyat Malaysia berisiko mempunyai masalah kolesterol tinggi dalam badan walaupun anda tak sedar. Just klik link pada gambar di bawah untuk dapatkan rahsia ni :
Apa dia kolesterol yang selalu disebut-sebut doktor ni? OK harini jom kite kenal betul-betul apa itu kolesterol, mana datangnya kolesterol ni dan apa kesannya terhadap tubuh badan.
Apa itu kolesterol?
Kolesterol adalah sejenis lemak (disebut sebagai lipid) yang diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan anda boleh menghasilkan kolesterol dan juga mendapatkannya daripada sumber makanan.
Terdapat 2 jenis kolesterol sebenarnya: kolesterol ‘baik’ dan kolesterol ‘buruk’.
Orang ramai sering berasa takut apabila di sogokkan dengan keburukkan kolesterol kerana mendapat maklumat yang salah. Namun sebenarnya kolesterol merupakan sebahagian daripada kimia penting untuk tubuh.
Kolesterol terdapat dalam setiap sel manusia dan haiwan. Selain kolesterol yang diperolehi daripada pengambilan makanan berasaskan haiwan, tubuh kita juga mempunyai kemampuan untuk menghasilkan semua kolesterol yang diperlukan untuk pelbagai fungsi badan.
![]()
Mengekalkan tahap kolesterol dalam peringkat yang disarankan (normal) adalah penting untuk memperolehi kebaikan maksima. Kolesterol digunakan untuk membuat cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati.
Ini adalah amat penting untuk melindungi saraf, membina sel-sel badan yang baru, dan menghasilkan hormon tertentu yang diperlukan untuk perkembangan normal dan fungsi tubuh manusia.
Kolesterol secara semulajadi seperti lilin yang dibuat oleh hati. Ia merupakan kombinasi daripada lemak dan steroid. Kolesterol kurang/tidak larut dalam air dan lipoprotein tertentu diperlukan untuk mengangkut kolesterol dalam pembuluh darah.
Jenis lipoprotein :
- Low density lipoprotein (LDL)
- Trigliseride merupakan komponen utama
- Very low density lipoprotein (VLDL)
- High density lipoprotein (HDL)
Kolesterol Jahat (Low density lipoproteins)
Low Density Lipoproteins juga dikenali sebagai (LDL) atau kolesterol buruk kerana mereka mempunyai kecenderungan untuk melekat di dinding arteri. Ini menyebabkan pembentukan bahan tebal dan keras dipanggil plak kolesterol.
Menurunkan paras kolesterol LDL akan mengurangkan risiko daripada penyakit jantung.
Adakah menurunkan kolesterol LDL mencegah penyakit jantung koronari?
Menurunkan Kolesterol LDL akan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Dalam keadaan tertentu, pengambilan ubat-ubatan akan disarankan untuk pencegahan sekunder pada pesakit yang pernah diserang penyakit jantung.
Ia juga untuk pencegahan primer, iaitu pada mereka yang mempunyai faktor risiko penyakit jantung koronari.
Selain ubat-ubatan, melakukan perubahan gaya hidup tertentu seperti bersenam secara teratur, mengikut diet yang rendah lemak tepu dan kolesterol, menurunkan berat badan berlebihan dapat membantu menurunkan paras kolesterol.
![]()
Kolesterol Baik (High density lipoproteins)
High density lipoproteins juga dikenali sebagai (HDL) atau kolesterol baik kerana ia menjalankan fungsi mengeluarkan kolesterol dari pembuluh darah dan membawanya kembali ke hati. HDL juga membantu dalam mencegah pembentukan plak kolesterol dalam pembuluh darah.
Bersukan atau bersenam secara teratur dan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat boleh membantu dalam meningkatkan tahap HDL.[/01]
Trigliseride
Trigliseride adalah bentuk lemak yang dibuat dalam tubuh. Paras trigliseride yang tinggi boleh disebabkan oleh masalah obesiti, merokok, kurang aktiviti fizikal dan pengambilan alkohol.
Mereka yang mempunyai tahap trigliseride tinggi biasanya mempunyai tahap Jumlah Kolesterol (Total Cholesterol) yang tinggi termasuk tahap LDL yang tinggi dan tahap HDL rendah.
Kebanyakan individu yang mengidap penyakit diabetes atau jantung biasanya mempunyai tahap trigliseride yang tinggi.
![]()
Apa tahap disarankan?
Total Cholesterol – di bawah 200 mg (5.1 mmol / L)
Kolesterol LDL – di bawah 70 mg (1.8 mmol / L) untuk pesakit yang mempunyai penyakit jantung. Tahap bawah 100 mg (2.6 mmol/L) jika mempunyai faktor risiko penyakit kardiovaskular dan bawah 130 mg (3.4 mmol / L) untuk orang normal dan tidak ada faktor risiko.
Wanita umumnya memiliki paras HDL lebih tinggi berbanding lelaki dan mereka dilindungi oleh hormon sampai menopause. Paras HDL dan risiko penyakit jantung mereka menjadi sama dengan lelaki setelah menopause.
Ok sampai di sini sahaja perkongsian saya kali ini.
Saya harap memberi banyak manfaat dan info-info berguna kepada anda. Sebelum berpisah, sekali lagi saya nak ingatkan tentang Ebook percuma “3 RAHSIA KURANGKAN KOLESTEROL DALAM BADAN DENGAN CEPAT”.
Klik pada gambar di bawah untuk download, penting tau untuk awak tau. Tak perlu risau, saya bagi awak secara PERCUMA!
Terima kasih dan jumpa lagi dalm blog yang akan datang..